Wednesday, 31 October 2012

Large farm of Marijuana ni Mexico

Posted by Asyraf Muslim on 16:00

du 07.1 Ladang ganja terbesar ditemui di Mexico

TIJUANA – Askar-askar Mexico menemui ladang ganja terbesar di Mexico dengan keluasan seluas 120 hektar di gurun Baja California 250 kilometer dari sini, kata Jabatan Pertahanan.

Ladang itu adalah empat kali lebih besar daripada rekod yang ditemui oleh pihak berkuasa di sebuah ladang di negeri Chihuahua, Mexico pada 1984.
Pokok-pokok ganja itu disembunyikan daripada penglihatan mata kasar apabila jaring besar berwarna hijau diletakkan di atas kawasan tanaman berkenaan selain dilengkapi tandas dan sistem pengairan.
Ia ditemui apabila askar-askar tiba di kawasan tersebut dan melakukan pemeriksaan menyebabkan ribuan pokok ganja ditemui dengan ketinggiannya mencecah 2.28 meter.
Apabila askar-askar itu tiba, kira-kira-kira 60 orang yang bekerja dalam ladang tersebut bertindak melarikan diri.
Seorang pegawai tentera, Jeneral Alfonso Duarte berkata, ladang itu boleh menghasilkan kira-kira 120 tan ganja dengan nilai AS$160 juta (RM481 juta). 

0 comments:

Post a Comment

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site

 
  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...