Thursday 12 January 2012

Misteri & keajaiban alam

Posted by Unknown on 23:41



Peringkat-peringkat kemunculan Dajjal

Peringkat Kemunculan Dajjal: "satu
hari seperti setahun, satu hari
seperti sebulan, satu hari seperti
seminggu dan selebihnya seperti
hari-hari kamu sekarang”.
Ingatlah dalam sebuah hadis yang paling
penting bagaimana Baginda Nabi
Muhammad SAW telah memberitahu
bahawa apabila Dajjal dilepaskan di
dunia, ia akan hidup di Bumi selama 40
hari.
Tanya kami; “Berapa lamakah Dajjal
Pakan tinggal di bumi?”, jawab
Rasullullah:
“Selama empat puluh (40) hari, satu hari
sama seperti setahun, satu hari seperti
sebulan, satu hari seperti seminggu dan
selebihnya seperti hari-hari kamu
sekarang”.Tanya kami; “Ya Rasullullah,
ketika sehari seperti setahun, cukupkah
kalau kami solat seperti solat
sekarang ?”, jawab Rasullullah; “Tidak”
tetapi hitunglah bagaimana pantasnya.
(HR Muslim)
Kesimpulan hadis ialah Dajjal hidup
dalam 4 peringat, iaitu:
1
hari = Setahun
1
hari = Sebulan
1
hari = Seminggu
37
hari = Seperti hari kita
Apabila harinya seperti hari-hari kita,
Dajjal akan berada dalam dimensi masa
manusia. Tapi sebelum itu, pada 3
peringkat terawal, Dajjal telah wujud
didunia akan tetapi Dajjal tidak berada
dalam dimensi masa manusia kerana
harinya tidak akan sama dengan hari
kita. Apabila Dajjal berada dalam
dimensi masa kita, kita akan boleh
melihat dia pada waktu itu. Pada masa
itu, Dajjal akan muncul sebagai seorang
manusia (bukan lagi muncul dalam
sistem pemerintahan dan tamadun
seperti 3 peringat terawal). Dajjal
seorang yang berketurunan Yahudi,
seorang pemuda yang bertubuh sasa
dan berambut kerinting. Pada waktu itu,
apabila Dajjal muncul di dunia dalam
dimensi masa kita, Dajjal akan muncul
dari arah Timur. Rasulullah SAW
menuding jari baginda ke arah Timur
sebanyak 20 kali.
Peringkat Pertama: "satu hari seperti
setahun".
Dimanakah Dajjal pada peringkat ini?
kita bernasib baik kerana kita ada
jawapannya dari Sahih Muslim. Hadis ini
dikenali sebagai Hadis Tamim ad-Dari.
Beliau pada mulanya merupakan
seorang Kristian dan memeluk agama
Islam dengan mengucap kalimah
syahadah di Madinah. Beliau datang
kepada Nabi Muhammad SAW dan
meriwayatkan pengalaman yang beliau
telah lalui (rujuk Bab Pertama di atas).
Ianya bermula di BRITAIN! (Pax
Britannica: Peringkat pemerintahan
pertama Dajjal dalam dimensi masa
berlainan)
Buktinya, pada tahun 1917, Setiausaha
Kerajaan British, Lord Balfour telah
mengumumkan Deklarasi Balfour. Pada
masa itu Britain merupakan suatu kuasa
besar dunia. Beliau mengumumkan
dalam deklarasi tersebut bahawa
Kerajaan British berhasrat untuk
meneruskan usaha penempatan Kaum
Yahudi di Palestin.
Pada tahun 1919, General British yang
telah mengetuai angkatan tentera yang
mengalahkan Kerajaan Turki Ottoman,
dari perspektif kaum Yahudi, Tanah Suci
Jerusalem telah dimerdekakan dan pada
masa sama Britain telah menjadi
sebuah kuasa dunia. Britain
kemudiannya menjadi kuasa pemerintah
Tanah Suci dan Liga Bangsa pada masa
itu telah menganugerahkan Britain
kuasa mandat untuk mengawal Tanah
Suci. Britain mengawal Tanah Suci dari
tahun 1919 sehingga 1948.
Pada tahun 1948, Britain bertindak
sebagai 'bidan' yang bakal menyambut
kelahiran seorang bayi. 'Bayi' itu adalah
Negara Israel. Melihat kepada semua
yang telah berlaku, Sheikh Imran telah
membuat kesimpulan bahawa Pulau
yang dijumpai oleh Tamim ad-Dari itu
adalah Britain! Bermula dari Britain-lah ,
Dajjal telah dibebaskan dan memulakan
misinya untuk menipu Bani Israel dan
memperlihatkan kepada mereka bahawa
Zaman Kegemilangan (II) mereka sudah
kembali. asasnya, semuanya terkandung
dalam Hadis Sahih Muslim, iaitu Hadis
Tamim ad-Dari. Semasa Dajjal
melancarkan misinya dari Britain, Tanah
Suci telahpun dimerdekakan dari
pemerintahan Bukan Yahudi. Semasa
Dajjal berpangkalan di Britain, Yahudi
telah kembali semula ke Tanah Suci
serta Negara Israel dibangunkan
kembali. Tiga daripada empat misi al-
Massih yang disebutkan di atas telah
berjaya dilaksanakan. Dengan ini,
majoriti daripada Yahudi telah yakin
bahawa semua ini (konon) adalah
rahmat daripada Allah. Apabila Dajjal
berada pada waktu "satu hari
bersamaan dengan satu tahun", dia
berada di sebuah pulau (Britain)
menurut hadis Sahih Muslim iaitu
Tamim Ad-Dari, dimanakah dia berada
pada waktu "satu hari bersamaan
dengan satu bulan"...?
Peringkat Kedua: "satu hari seperti
sebulan".
Dimanakah dia berada pada pada waktu
"satu hari bersamaan dengan satu
bulan"..? Adakah dia berpindah ke
kawasan yang lain..? Sekiranya dia
berpindah ke kawasan yang lain,
bagaimana kita boleh mengenal pasti
nya? Sheikh Imran Hosein menggunakan
kayu ukur untuk menentukan dan
mengenalpasti samada Dajjal berpindah
ke kawasan lain atau Dajjal tidak lagi
berada dalam tempoh "satu hari
bersamaan dengan setahun" adalah
dengan melihat sekutu kepada Negara
Israel itu sendiri, iaitu sekutu yang
menjamin keselamatannya dan sekutu
yang menyokongnya secara berterusan
dan menjadikan Negara Israel itu
semakin kuat. Adakah ia di Britain?
Jawapannya adalah TIDAK. Ada pihak
lain yang mengambil alih daripada
Britain sebagai sekutu yang strategik
bagi Israel. Britain masih menjadi
sekutu bagi Israel, akan tetapi sekarang
ada sekutu lain yang lebih penting
daripada Britain. Jawapannya adalah..
Amerika Syarikat.
Ianya berpindah ke Amerika
Syarikat! (Pax Americana: Peringkat
pemerintahan kedua Dajjal dalam
dimensi masa berlainan)
Amerika Syarikat (AS) secara tiba-tiba
menjadi sekutu kuat bagi Israel pada
masa sekarang. AS menyokong Israel
dari segi kewangan, material dan juga
dalam hal-hal ketenteraan. Sheikh
Imran Hosein membuat kesimpulan
mudah bahawa Dajjal tidak lagi berada
di Britain pada waktu sehari bersamaan
dengan sebulan. Britain telah memberi
laluan kepada negara lain untuk
mengambil alih kuasa. Britain pernah
menjadi kuasa besar dan pernah
memerintah dunia, tetapi sekarang
negara lain secara tiba-tiba telah
mengambil alih dari Britain untuk
menjadi kuasa pemerintah dunia dan
menjadi sekutu kuat bagi Israel. Ini tidak
lain tidak bukan adalah Amerika
Syarikat. Bilakah peralihan 'setahun' ke
'sebulan' ini berlaku?
Bukti pertama ialah semasa Perang
Dunia Kedua kerana semasa terjadinya
Perang Dunia Kedua, semua tentera
bersekutu di Benua Eropah untuk
menentang Hitler, Arahan utama adalah
berada dibawah Jeneral Eisenhower,
seorang Jeneral Amerika. Ini adalah
bukti kukuh yang menunjukkan bahawa
AS telah mengambil alih daripada
Britain.
Bukti yang kedua ialah semasa
penghujung Perang Dunia Kedua iaitu
pada tahun 1945, komuniti
antarabangsa telah bersama-sama
menganjurkan persidangan di Bretton
Woods, di bahagsian utara New York,
untuk mencipta satu sistem kewangan
antarabangsa yang baru. Sebelum ini,
London pernah menjadi pusat
kewangan dunia semenjak Bank of
England ditubuhkan lebih kurang 200
tahun lalu dan nilai mata wang tertinggi
ketika itu adalah pound sterling British.
Tetapi sesuatu yang pelik telah berlaku
di Bretton Woods iaitu Perjanjian
Bretton Woods telah mengangkat nilai
mata wang Dollar AS dan perjanjian itu
juga telah menjadikan Washington
sebagai pusat kewangan dunia kerana
International Monetary Fund (IMF) dan
Bank Dunia sekarang adalah terletak di
Washington. Ini adalah bukti kedua yang
menunjukkan bahawa Britain telahpun
berundur diri dan AS telah mengambil
alih kuasa pemerintah dunia.
Bukti yang ketiga adalah lebih dramatik
daripada itu. Pada tahun 1952, satu
revolusi telah tercetus di Mesir dan Raja
Mesir, King Farouk telah digulingkan
oleh angkatan tentera dan angkatan
tentera telah mengiktiraf Jeneral
Muhammad Naquib sebagai Presiden
akan tetapi beliau hanya berperanan
sebagai ketua perhimpunan kerana ada
sekumpulan pegawai tentera lain yang
sebenarnya lebih berkuasa. Muhammad
Naquib kekal menjasi presiden dari
tahun 1952 sehingga tahun 1956. Tetapi
pada tahun 1955, telah berlangsungnya
persidangan penting antara negara Asia
dan Afrika di Bandung, Indonesia.
Semasa persidangan di Bandung,
Muhammad Naquib tidak hadir untuk
mewakili Mesir tetapi diganti dengan
Gamal Abdul Nasser. Itu adalah petanda
terhadap siapa yang sebenarnya
berkuasa. Pada tahun 1956, Gamal
Abdul Nasser menggantikan
Muhammad Naquib sebagai Presiden
Mesir. Tidak lama selepas itu, pada
tahun yang sama, Gamal Abdul Nasser
telah menasionalisasikan Terusan Suez.
Terusan Suez dibina oleh seorang
jurutera Perancis, Ferdinand de Lesseps.
Dan kemudiannya pihak Britain dan
Perancis bersama-sama menguasai
Terusan Suez. Gamal Abdul Nasser ingin
menasionalisasikan Terusan Suez
dengan membawa tentera Britain dan
Perancis keluar dari situ dan tentera
Mesir kemudiannya mengambil alih
Terusan Suez. Ini secara terang-
terangan merupakan satu bentuk
konfrontasi terhadap Britain. Demi
mempertahankan status sebagai kuasa
besar, Britain telah memberi respon
dengan mengeluarkan AS dari pakatan
dan Britain kemudiannya bersama-sama
dengan Perancis menyertai Israel dalam
menceroboh Mesir. Mereka mendarat di
Suez dan menawan Suez. Askar Israel
juga memasuki kawasan Semenanjung
Sinai dan menawan seluruh Sinai dan
tentera Israel tiba di Terusan Suez. Apa
yang berlaku, Jeneral AS, Dwight
Aisenhower berkata.. 'Tidak'! 'Saya tidak
membenarkan pencerobohan ini
berlaku' dan 'Undur tentera kamu dan
Balik'!. Perdana Menteri Britain pada
masa itu, Sir Anthony Eden terpaksa
mengundurkan tenteranya sama terjadi
kepada tentera Perancis dan Israel oleh
kerana Presiden AS berkata 'Tidak'! Ini
adalah bukti ketiga dan juga paling
dramatik yang AS telah mengambil alih
daripada Britain sebagai kuasa
pemerinah dunia.
Sheikh Imran Hosein tidak menyatakan
tarikh-tarikhnya (kedatangan Dajjal) di
sini sebab beliau mahu kita mengira
sendiri. Pertama, itu adalah apabila satu
harinya bersamaan dengan setahun, ini
adalah waktu apabila satu harinya
bersamaan dengan sebulan. Apa pula
yang terjadi selepas itu? Sekarang
adalah masa kalian untuk berfikir..
*Di setiap arteri-arteri kuliah Sheikh
Imran. beliau tidak pernah lupa
mengungkap 'Allah Knows Best' Allahu
A'lam -Allah Lebih Mengetahui.
Peringkat Ketiga: "satu hari seperti
seminggu".
Demi menyempurnakan misinya, Dajjal
perlu bergerak dari waktu satu harinya
bersamaan dengan sebulan kepada
waktu satu harinya bersamaan dengan
seminggu. Sekiranya dia berada di satu
kawasan semasa satu harinya bersaman
dengan setahun dan kawasan itu
menjadi kuasa pemerintah, dan
kemudian apabila satu harinya
bersamaan dengan sebulan dia
berpindah ke satu lagi kawasan baru
dan negara itu juga menjadi kuasa
pemerintah, dan apabila satu harinya
bersamaan dengan seminggu dia akan
berpindah ke kawasan atau negara
ketiga dan negara ketiga ini akan
menggantikan AS sebagai kuasa
pemerintah dunia. akan tetapi, negara
ini tidak akan memerintah lama dan
hanya mengambil masa yang singkat.
Negara manakah ia? Israel? ya.
semestinya!
Ianya berpindah ke Israel! (Pax
Judaica: Peringkat pemerintahan
ketiga Dajjal dalam dimensi masa
berlainan)
Bukti pertama, tertubuhnya Negara
Israel disebabkan oleh Kerajaan AS dan
adanya orang seperti Jonathan Pollard.
Negara Israel mempunyai senjata-
senjata nuklear yang cukup untuk sekali
lagi menjadi kuasa besar dunia. Tetapi
untuk mendapat pengiktirafan sebagai
kuasa pemerintah dunia, Israel
hendaklah mempunyai sesuatu yang
hebat untuk dpertontonkan, sesuatu
yang berkaitan dengan ketenteraan yang
tidak pernah dilakukan sebelum ini.
Apabila Israel berjaya melakukannya, ia
hendaklah keluar dari latihan
ketenteraan itu dan mucul sebagai
sebagai kuasa dominan di kawsan
tersebut supaya semua kawasan di
sekitar Israel.
Bukti kedua, Semasa Britain menjadi
kuasa pemerintah dunia dahulu, London
pernah menjadi pusat kewangan dunia.
Semasa AS menjadi kuasa pemerintah
dunia, Washington pernah menjadi
pusat kewangan dunia dibantu oleh
New York.Sekiranya Israel perlu
mengambil alih kuasa pemerintah dunia,
sesuatu yang dramatik juga perlu
berlaku dalam sistem kewangan di
seluruh dunia. Dan kesan daripada itu,
pusat kewangan dunia telah beralih
kepada Jerusalem.
Sistem kewangan antarabangsa
sekarang berlandaskan kepada
penggunaan wang kertas (penipuan).
Sistem kewangan ini memang
merupakan satu penipuan kerana
keseluruhan sistem kewangan dunia
berhubung kepada satu matawang iaitu
AS Dollar kerana apabila matawang AS
Dollar jatuh, ia akan menjatuhkan
keseluruhan sistem. jadi, bolehkah nilai
matawang AS Dollar jatuh? Jawapannya
ialah 'Ya'. Sesuatu akan berlaku yang
mana akan menjatuhkan nilai matawang
AS Dollar.
Baginda Nabi Muhammad SAW pernah
bersabda maksudnya "akan tiba suatu
zaman di mana tiada apa yang bernilai
(sebagai wang) kecuali Dinar (emas) &
Dirham (perak)" Musnad Imam Ahmad
Bin Hambal.
Kita terpaksa menanggung akibat itu
sekarang kerana mengabaikan sunnah
baginda iaitu syiling emas dan perak.
Sistem kewangan antarabangsa
sekarang berada di bawah kawalan
sistem perbankan Yahudi. Jika mereka
mahu, mereka boleh saja menjatuhkan
nilai AS dollar hari ini kerana mereka
mampu melakukannnya kerana
Washington telah mencetak wang kertas
terlalu banyak . Kesimpulannya, dua
perkara berlaku iaitu pertama, sistem
kewangan perlu jatuh dan selepas itu,
Yahudi akan menguasai kewangan
dunia.
Kedua, mereka haruslah
mempunyai sistem ketenteraan yang
mantap. Dan apabila tentera Israel ini
mula menyerang, mereka menggunakan
hujah 'kami terdesak' dan cuba
mempertahankan diri mereka. Untuk
melakukan semua ini, prosesnya
bermula di mana Ariel Sharon memasuki
Masjid al-Aqsa bersama dengan 1000
askar Israel dalam tindakannya yang
bertujuan untuk menimbulkan provokasi
supaya semangat Intifada dihidupkan
kembali. Apabila pembunuhan berlaku,
Israel akan mula berbicara tentang
keamanan tetapi pada masa yang sama
mereka terus membunuh untuk
membangkitkan semangat orang
Palestin. Dan apabila penindasan terus
meningkat, ia akan mula
membangkitkan kesedaran di kalangan
orang Arab untuk bersekutu menentang
Israel. maka, serangan ketenteraan itu
akan dilancarkan tidak lama lagi. Sheikh
Imran Hosein berpendapat bahawa
apabila semua itu terjadi, ia adalah
waktu yang paling sesuai untuk
melumpuhkan sistem kewangan
antarabangsa dunia.
Sepanjang tempoh sebelum ketibaan
Dajjal, Peperangan Dunia III akan
berlaku dan kekejaman berleluasa serta
ia dijangka berlarutan lebih kurang 19
tahun sehingga ketibaan Imam
Mahdi dan Nabi Isa. *rujuk Sea of
Galilee.
Di zaman ini, Israel akan menguasai
dunia dan menggunakan Electronic atau
Chip Money. Sistem yang sama
diimplementasikan di seluruh dunia
melalui cip yang diletakkan pada kad
pengenalan. Ketika itulah, Dajjal akan
berpindah dari waktu satu harinya
bersamaan dengan sebulan kepada satu
harinya bersamaan dengan seminggu.
**Sheikh Imran menyatakan inilah
Zaman kita huni sekarang di mana
dimensi masa sehari bersama seminggu
Dajjal.
Rujuklah Sea of Galilee dan hari
kekeringannya. anda pasti mengetahui
telahan Sheikh Imran ini adalah BENAR
bersumberkan al-Quran dan Hadis.
Janganlah kita pandai mengungkap
"Allah tidak pernah beritahu perkara ini
@ Allah Lebih Maha Mengetahui @
Hanya kepada Allah lah terserah
perkara-perkara ghaib" sedangkan kita
tidak pernah berbuat sesuatu
menggunakan akal kurniaan-Nya dan
hanya berpeluk tubuh menunggu Hari
Kiamat tiba. Kata Sheikh, inilah golongan
''kal an'am'' .
Peringkat Keempat: "37 hari sama
seperti hari kita".
Israel akan muncul sebagai kuasa
pemerintah dunia dan tanggapan mula
timbul bahawa ini adalah kebangkitan
semula Zaman Kegemilangan (II). Hanya
ketika itu, Dajjal akan muncul pada
harinya bersamaan dengan hari-hari
kita yang biasa. Sheikh Imran
berpendapat bahawa, Dajjal akan
menjadi pemimpin Israel dan dari
Jerusalem dia akan memerintah dunia.
Dia juga akan menyempurnakan misinya
dan Zaman Kegemilangan (II) akan
dibangkitkan semula. Tetapi, Bani Israel
tidak akan sedar bahawa mereka sedang
diperdaya oleh Dajjal.
Ianya berpusat di Jerusalem, Israel!
(Pusat Pemerintahan keempat Dajjal
dalam dimensi masa manusia yang
NYATA)
Dan selepas itulah, Imam al-Mahdi akan
muncul. Akan tetapi, Imam al-Mahdi
tidak akan muncul sehinggalah air sudah
kering di Laut Galilee. Apabila Imam al-
Mahdi muncul, Nabi Isa a.s akan
diturunkan dan beliau akan membunuh
Dajjal. Akan Tetapi, Nabi Isa a.s tidak
akan muncul sehingga air di Laut Galilee
sudah kering. Ketika itu Tanah Suci akan
dimerdekakan.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Apabila kalian melihat kelibat bendera
hitam datang dari arah Khurasan,
pergilah menyertai angkatan tentera itu
walaupun kalian terpaksa merangkak di
atas ais. Pergilah menyertai angkatan
tentera itu! Sebab khalifah Allah, Imam
al-Mahdi menyertai angkatan tentera itu
dan tiada siapa yang mampu
menghalang mereka sehinggalah
mereka tiba di Jerusalem"
Hadis Sunnah at-Tirmidzi.
Sheikh Imran Hosein mengingatkan
golongan sekular bahawa kita tiada
masa lagi untuk berdebat dengan
mereka yang berlainan pendapat
dengan kita. Mereka boleh memilih
untuk tidak percaya sebab kita tidak
kisah kerana hakikatnya telah kita
ketahui. Pengembaraannya telah
bermula! kita tahu, cuma tinggal sedikit
masa saja lagi. Apabila tentera Islam
berjaya menjatuhkan Negara Israel,
Tanah Suci akan dimerdekakan.
Pengikut sebenar Nabi Ibrahim a.s akan
mengambil alih Tanah Suci. Negara
Israel Nabi Sulaiman a.s akan
dibangunkan semula oleh Nabi Isa a.s.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Isa a.s akan memerintah sebagai
'hakimul adil' (pemimpin yang adil dari
Jerusalem)"
Jadi apa yang telah diriwayatkan telah
menjadi kenyataan dan Zaman
Kegemilangan juga akan berulang
kembali, tetapi hanya pengikut Nabi
Muhammad SAW yang akan mewarisi
legasi Nabi Sulaiman a.s
Pengiraan secara rawak tahun
kedatangan Dajjal (Allahu A'lam)
Untuk penerangan lebih lanjut tentang
perkara ini sila rujuk buku "Jerusalem in
the Quran" menyatakan pembahagian
tempoh seperti di bawah:
1 hari seperti
Setahun = Britain = Pound (Pax
Britannica)
1 hari seperti
Sebulan = Amerika Syarikat = Dollar (Pax
Americana)
1 hari seperti
Seminggu = Israel = Electronic Money/
Chemtrail? (Pax Judaica)
37 hari = Zaman seperti
hari kita, iaitu zaman kemunculan Dajjal
dan memerintah dunia
secara NYATA
dalam dimensi masa manusia.
**Pendapat Sheikh Imran dalam
bukunya 'Jerusalem in the Quran'
berpandukan situasi kebangkitan di
negara Arab, berkemungkinan
peperangan ini akan terjadi kurang dari
30 tahun dari sekarang. Rujukan lain
yang agak menarik menyatakan
kemunculan Dajjal pada tahun 2033
(Allahu a'lam). Ini kerana Rasulullah
SAW menyatakan kehidupan Dajjal
semasa 3 peringkat pertama tidak
seperti hari-hari kita, dan meminta
(umat) menghitung harinya.
Apakah maksud ini?
-Maksudnya, kita perlu membuat kiraan
matematik dan menghitung untuk
mendapatkan tarikh kemunculan Dajjal.
Oleh itu, persoalannya ialah apakah
jumlah hari selain hari kita?
JAWAPANNYA, terkandung dalam surah
al-Hajj:47
“…Dan (katakanlah kepada mereka):
sesungguhnya satu hari dari hari-hari
azab di sisi
Tuhanmu adalah menyamai SERIBU
TAHUN dari yang kamu hitung...”;al -
Hajj:47
Kini kita menemukan fakta dari sumber
rujukan sahih iaitu al-Quran bahawa 1
hari bersamaan 1,000 tahun, dan fakta
lain ialah terdapat 12 bulan atau 52
minggu di dalam setahun. Selainnya,
tahun dikira mestilah mengikut tahun
Hijrah dan bukan tahun Gregorian.
Hanya Allah berkuasa menentukan
kiraan masa dan bilangan tahun.
“…Dia lah yang menjadikan matahari
bersinar-sinar (terang-benderang ) dan
bulanbercahaya, dan Dia lah yang
menentukan perjalanan tiap-tiap satu
itu (berpindah-randah ) pada tempat-
tempat peredarannya masing-masing )
supaya kamu dapatmengetahui bilangan
tahun dan kiraan masa…”;al-Yunus :5
Oleh itu, sedarlah semua. lihatlah
dengan mata hati.. bahawa
Dajjal telah
muncul dalam kehidupan kita, akan
tetapi kehidupan Dajjal yang kita huni
sekarang tidak berada di dalam dimensi
masa manusia di dunia. (contohnya:
Malaikat wujud disekeliling kita, akan
tetapi, malaikat berada dalam dimensi
masa yang berbeza dengan manusia)
Huraian al-Quran & Hadis dalam
mendefinisikan taarif dimensi masa
manusia dan bukan manusia berbeza
ialah:
Dajjal hidup selama 40 hari:
Peringkat Pertama: 1 hari = Setahun =
setahun (Dajjal) bersama 1,000 tahun
(dimensi masa manusia)
Peringkat Kedua: 1 hari = Sebulan =
iaitu 1,000 tahun/12 bulan = 83 tahun
(dimensi masa manusia)
Peringkat Ketiga: 1 hari = Seminggu =
1,000 tahun/52 (minggu) = 19 tahun
(dimensi masa manusia)
Peringkat Keempat: 37 hari = hari
dimana Dajjal berada dalam dimensi
masa manusia.
Dari kiraan ini, kita mendapati
kehidupan Dajjal selama 1,000 tahun
pada peringkat pertama, 83 tahun pada
peringkat kedua, dan 19 tahun pada
peringkat ketiga. Teori kiraan mengikut
tahun Hijrah menyatakan Ya’juj & Ma’ juj
memecah tembok pada tahun 353
Hijrah (965 AD) (kaum Khazar mula aktif
berdagang pada 850 AD).
Oleh itu: (fahamilah secara terperinci)
353 Hijrah + 1,000 tahun = 1353 Hijrah
(Tahun 1935 AD)
= Zaman Dajjal menguasai Europe
(Britian) & kejatuhan Britain
1353 Hijrah + 83 tahun = 1436 Hijrah
(Tahun 2014 AD) *Zaman
Kita Huni Hari
Ini.
= Zaman Dajjal menguasai Amerika dan
peralihan kepada Israel iaitu
bermulanya Perang Dunia III
*(saudaraku, kita berada diakhir
peringat kejatuhan Amerika sebelum
peralihan kepada Israel) sedikit masa
lama untuk berpindah ke peringkat
ketiga.
1436 Hijrah + 19 tahun = 1455 Hijrah
(2033 AD)
= Zaman Dajjal menguasai Israel dan
penderitaan Perang Dunia III yang
berpanjangan
= Kemunculan Imam Mahdi & Nabi Isa
*peringkat dimana saintis Yahudi
menyatakan bahawa Sea of Galilee akan
kering dalam masa 50 tahun dari
sekarang lebih kurang seperti pendapat
Sheikh Imran yang menyatakan bahawa
Sea of Galilee akan kering dalam masa
kurang 40 tahun lagi)
**** INGAT! Walaubagaimanapun,
kesemua kiraan tarikh sekadar teori
dengan kebenaran tarikh sebenar yang
BELUM PASTI terbukti. (Allahu a'lam)
Kebenaran yang telah terbukti ialah
tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj
terbuka dan mereka meluru turun dari
kuasa pemerintahan (al-Anbiyaa ’:95-96) .
Bukti jelas yang lainnya ialah tuhan yang
mereka sembah adalah Lucifer (Iblis).
Kebenaran lain yang terbukti ialah
tembok tidak berupaya ditebuk dan
dinyatakan ayat 97 surah al-Kahfi telah
ditebuk dan berlubang semenjak zaman
kehidupan Rasulullah saw. Allah Knows
Best!

0 comments:

Post a Comment

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site

 
  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...