SEJARAH CATAN CAT AIR
SEJARAH DUNIA
Catan ialah proses
menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau atau cat yang disapu
ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan membolehkan seseorang
menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan
yang terdapat pada alam sekitar. Sejarah catan dikatakan bermula pada Zaman
Yunani Purba. Gambaran yang dibuat mengisahkan aktiviti keagamaan. Media yang
digunakan ialah mozek dan fresco. Pada Zaman Renaissance yang merupakan zaman
kemuncak seni lukis di Eropah, media yang digunakan ialah cat minyak, cat air,
fresco dan tempera.

Greinburg in Grein
watercolor 1910

Albrect durer, “a young
hare”(1502)
Pada abad ke-20, muncul satu
aliran baharu dalam persembahan catan yang mempersembahkan catan yang
mempersembahkan karya seni abstrak dan semi abstrak. Di Malaysia, catan mula
berkembang sekitar tahun 1930-an. Pelukis yang terkenal ialah Abdullah Ariff
dan Yong Mun Sen yang banyak menggunakan media cat air.
Laju pesatnya perkembangan
ilmu pengetahuan, teknologi dan industri dewasa ini memberikan pengaruh yang
sangat besar bagi hidup dan perkembangan budaya bangsa, termasuk didalamnya
berbagai bidang seni rupa, mengkhususkan lagi dalam seni lukis dan senimannya.
Berbagai hasil produk hadir di dunia, didalam seni lukis saja misalnya dapat
kita jumpai berbagai jenis cat air yang kesemuanya ini merupakan produksi yang
gemilang dari perusahaan industri moden.Cat air mempunyai sifat-sifat dan
keistimewaan tersendiri yang padanya tersimpan potensi-potensi artistik. Akan tetapi seperti telah kita ketahui , cat air juga
telah dilupakan oleh seniman-seniman. Dengan demikian makin berkurang hasil
karya lukisan cat air, dan seandainya ada maka terbatas pada karya sebagai studi
dalam lembaga pendidikan sebab dipandang lebih praktis, murah dan ekonomi.
Akan tetapi terjadinya karya seni bukan hanya melimpahnya material yang
tersedia, suatu karya seni dapat terjadi, jika seniman kreatif dalam
penyampaian idea, kemampuan teknik yang sempurna, ketajaman persepsi, kedalaman
intuisi, imaji dan mampu menggetarkan jiwa serta yang paling asas adalah suara
batin seniman itu sendiri. Memang cat air hanya material biasa. Hal ini kerana
tak akan bererti jika seniman tidak mampu mengolahnya sehingga karyanya yang
jadi tak lebih hanya sekadar komposisi.
Keberhasilan pelukis masa lampau seperti Turner, Constable John
Marin, Wassily Kandinsky, Affandi, Ruslikemudian lebih jauh lagi seniman
Tiongkok mereka mampu menguasai teknik. Dewasa ini yang menjadi persoalan ialah
mampukah para pelukis mem”peribadi”kan dirinya dalam lukisannya ? disamping ia
harus sanggup menentang segenap persoalan yang tumbuh dan berkembang sebagai
akibat meningkatnya perkembangan teknologi dan industri moden apabila hanya
menggunakan material cat air, sedang dilain pihak produksi cat minyak berbagai
jenis lebih unggul dan daya tahannya yang merupakan tandingan cat air. Akan
tetapi cat air mempunyai kesan yang khusus yang tidak dapat dicapai cat minyak.
Nilai transparan yang sangat lembut meliuk, warna dof, texture semua yang dapat
dicapai satu kali sapuan kuat memberi kesan estetik yang sulit dicapai material
lain.
Dalam seni lukis khususnya cat air tidaklah begitu penting kerana seniman
lebih cenderung mengekspresikan idea-idekreatifnya dengan material yang lebih
relevan. Kenyataan menunjukkan bahawa cat air semakin terpisah dan hanya
dilakukan sebagai pelajaran di sekolah.
Perkembangan
Cat air sudah lama dikenali sejak beberapa abad yang lalu dan bukan
merupakan material yang baru. Hal ini dapat kita buktikan pada lukisan cat air
pada dinding semen yang tetap tahan iklim kering, walaupun dapat dimusnahkan
dengan menyapukan span basah pada permukaannya. Perkembangan cat air yang
dihasilkan tidak hanya terbatas pada satu jenis saja melainkan sudah pelbagai
cat sintetis, acrilik dan cat tembok yang merupakan produk terbaik di abad ini,
bersama munculnya pelukis dari berbagai golongan dan negara terutama dari
negara barat, dengan berbagai corak lukisannya memberi makna yang bererti bagi
perkembangan seni lukis cat air.
Dari abad ke abad perkembangan cat air semakin menurun dan makin berkurang
produktivitas lukisan cat air, ditambah makin meningkatnya produksi cat minyak.
Di Indonesia masih dapat disebut beberapa tokoh yang melukis dengan cat air.
Mereka ialah :Raden Abdullah, Rusli, Zaini dan pameran lukisan
studio lukis cat air berbentuk perkembangan.
SENI CATAN CAT AIR DI TANAH
AIR
TAHUN 1930
Era perkembangan seni catan
Malaysia bermula pada tahun 1930.pelukis cat air pulau pinang menjadi perintis
catan moden Malaysia.Abdullah Ariff ,Yong mun sen,Kao ju ping,khaw sia,dan tay
hooi keat mengubah seni tradisi yang bersifat abstrak kepada seni moden melalui
konsep pembuatan,iaitu penyerapan pengaruh penjajahan terhadap seni yang
bertemakan pemandangan alam tempatan dan aktiviti harian melalui media cat
air.Sapuan berus basah digabungkan dengan ciri impresionis ,cenderung
merakamkan kesan cahaya dan bayang yang transperensi kelam di samping
menggunakan warna yang harmoni dan bertindan.Antara karya yang menonjol pada
era ini termasuklah pemandangan di tepi sungai,kawasan lombong,dan
dalam hutan serta tepi pantaiyang dirakamkan oleh Abdullah ariff.

TAHUN 1938
Setelah lahirnya seni cat
air pulau pinang ,seni nanyang yang dipelopori oleh pelukis cina mula
berkembang di singapura.”Nanyang” bermaksud golongan pelukis yang berasal dari
china dan berhijrah ke asia tenggara pada awal tahun 1938.Pelukis ini
kebanyakkan mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap gaya seni cina dan
barat menerusi pendidikan formal seni lukis di china dan telah menubuhkan
akademi seni halus nanyang di singapura.Kebanyakkan pelukis nanyang ,seperti
cheong soo peing dan chen wen itsi,yang menghasilkan karya kombinasi stail
barat seperti impresionisme,post impresionisme,fauvisme,dan kubisme,di samping
teknik kaligrafi cina yang spontan dan ekonomi dengan stail horizontal dan
monumental.contoh karya,perkampungan nelayan,dilukis dia atas rice paper
oleh cheong soo peing.
Sifat dan teknik cat air
Bahan warna dalam karya cat
air ialah pewarna dalam bentuk kek atau tiub. Ia bersifat lut sinar, lembut dan
boleh dibuat legap sekiranya cat air dari tiub. Cat air akan menjadi tebal
sekiranya disapu berlapis-lapis. Bahantara yang digunakan ialah air. Kertas
yang digunakan ialah kertas cat air. Berus yang sesuai digunakan untuk karya
cat air ialah jenis lembut dan beraiz antara 000 hingga 14. Palet juga diperlukan
untuk membancuh warna. Sebuah bekas seperti gelas atau botol yang bermulut
lebar diperlukan untuk mengisi air bersih dan untuk mencuci berus.
Cat air memiliki sifat-sifat
transparan dengan warna-warna lembut dan menarik dan mempunyai ciri khas yang
menandai dan menentukan baik teknik mahupun sebuah lukisan. Mengenai sifatnya
lambat kering, iaitu tidak bererti bahawa pelukis harus bekerja dengan
perlahan-lahan. Lebih dari itu cat air tidak mudah menutup, sehingga tidak
dapat menghilangkan warna dasar sifat, oleh demikian tidaklah mudah untuk
diatasi, jika tanpa latihan yang tekun dan baik, sebab selain bakat latihan
juga menentukan berhasil tidaknya penguasaan teknik untuk suatu konsep yang
diciptakan. Maka tidaklah mudah kita bayangkan jika kita akan melukis dengan
cat air. Dan adalah tugas seniman kreatif untuk mengenal, menghayati,
mengetahui dan menguasai agar dapat mewujudkan ide-idenya.
sifat-sifat cat air sebagai
berikut :
1. Cat air mempunyai
sifat harus dicampur dengan air.
2. Cat air mempunyai
sifat lambat kering sehingga memungkinkan ekspresif spontan.
3. Cat air mempunyai
sifat tidak menutup, sehingga tidak dapat menghilangkan warna dasar.
4. Cat air mempunyai
sifat transparan.
5. Cat air mudah
terpengaruh oleh suasana sekitar, baik mengenai kelembaban udara, kekeringan
ataupun air dan masih banyak sifat lainnya.
Teknik Basah Atas Kering
Ciri-ciri
Teknik ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan kertas yang
kering untuk menghasilkan kesan legap. Teknik ini banyak digunakan kerana
sesuai dengan beberapa jenis media dan agak senang dikawal sapuan warnanya.
Teknik ini juga boleh menggunakan warna yang basah dan disapukan ke atas
lapisan warna yang telah kering bagi mendapatkan kesan lut sinar.
Campuran Warna
Campuran warna yang hendak digunakan haruslah tidak pekat dan tidak terlalu
cair. Kertas hendaklah kering. Sapuan berus yang spontan adalah digalakkan.
Cara
Warna disapu ke atas kertas lukisan yang kering. Mulakan dengan lapisan yan
nipis dan ditindih berperingkat-peringkat dengan ton yang semakin gelap. Untuk
mendapatkan kesan transparensi, basahkan berus dan celup ke dalam warna yang
cair, sapu di atas kertas lukisan. Biarkannya kering dan ulangi aktiviti yang
sama.
Teknik Basah Atas Basah
Ciri-ciri
Teknik ini melibatkan sapuan warna cair ke atas permukaan kertas yang
basah. Ia menghasilkan kesan lut sinar. Teknik ini merupakan teknik yang
dramatik bagi media cat air dan yang paling sukar untuk dikawal sapuannya.
Pelukis harus membiarkan warna terdahulu yang masih lembap. Sapuan warna
berikutnya adalah lebih tinggi kandungan air dan pewarnanya. Jika tidak, warna
akan bercampur dan hasilnya nampak kotor.
Campuran warna
Campuran warna hendaklah tidak terlalu pekat atau terlalu cair.
Sebaik-baiknya ia harus mempunyai nilai warna yang cukup terang. Ini kerana
warna cat air akan nampak kurang cerah apabila kering. Gunakan sapuan berus
yang spontan.
Cara
Kertas dibasahkan dengan satu lapisan air atau warna yang cair. Warna disapukan apabila permukaan masih basah. Jika
menggunakan lakaran pensel, elakkan daripada memadam garisan kerana ini akan
menimbulkan kesan berbulu. Seterusnya ia akan meninggalkan kesan kering
berlegap.
Teknik berus kering
Ciri-ciri
Teknik yang melibatkan sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan
kertas. Teknik ini boleh juga melibatkan sapuan warna yang pekat ke atas
lapisan warna yang telah kering untuk menghasilkan kesan jalinan. Ia akan
memberi kesan kering berlegap.
Campuran warna
Gunakan warna terus dari tiub atau bancuhkan warna yang dikehendaki itu
dahulu dengan pekat. Kertas hendaklah kering. Sebaik-baiknya, asingkan warna
yang telah dibancuh.
Cara
Gunakan berus yang kering untuk mengambil warna yang telah dibancuh. Warna
disapukan dengan rata pada bahagian tertentu di atas permukaan kertas yang
kering. Sapukan pada bahagian tersebut satu demi satu supaya warna pada setiap
bahagian tidak bercampur. Gunakan berus yang halus bagi menandakan jalinan yang
halus. Jika ingin menimbulkan kesan tindihan, biarkan warna kering dahulu.
Kemudian, sapukan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering.
Teknik Kecatan
Ciri-ciri
Teknik ini melibatkan sapuan warna terus dari tiub. Kertas sentiasa basah
sehingga catan selesai dibuat. Catan jenis ini memberi kesan jalinan dan
kekasaran. Melalui teknik ini, catan kelihatan bebas, semula jadi dan spontan.
Campuran warna
Warna yang pekat dari tiub digunakan. Sapuan warna terus dari tiub atas
kertas. Jika hendak menggunakan air, hanya gunakan sedikit sahaja.
Cara
Ambil warna terus dari tiub dan sapukan pada permukaan kertas lukisan.
Campuran warna yang kedua ditindihkan di atas warna yang pertama tanpa menunggu
warna itu kering. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat.
Dengan mengenal sifat-sifat tersebut diatas, maka seorang pelukis paling
tidak mempunyai bekal dalam menggunakan media ekspresi dalam melukis. Sifat material ini akan menentukan teknik, dan teknik
akan dipengaruhi alat. Variasi-variasi dan metode-metode sangatlah banyak,
pelukis Amerika sering mengelompokkan metode dengan mengklasifikasikan metode
basah dan kering. Berbagai teknik yang merupakan landasan untuk berkarya
bagi pelukis dapat kita saksikan pada pameran studio lukisan cat air ini dengan
berbagai eksperimen bahan sejenis cat air, yang mempunyai sifat-sifat yang
spesifik, yang tidak dimiliki media lain demikian pula menggunakan tekniknya.
KAJIAN TEKNIK PENGHASILAN CATAN CAT AIR
Terdapat beberapa kajian
teknik penghasilan catan cat air.Antara kajian yang dibuat berdasarkan kepada
teknik yang sering digunakan dan popular dalam kalangan pelukis amatur mahupun
master.Antara tekniknya ialah teknik basah atas basah,basah atas kering,kering
atas basah dan kering atas kering.
BASAH ATAS KERING

KERING ATAS BASAH

KERING ATAS KERING

BASAH ATAS BASAH

Credit to http://isma88catan.blogspot.com/
How To Play Roulette With a No Deposit Bonus - DrmCD
Casino.com offers you a convenient way to have fun playing 김천 출장안마 online 여주 출장샵 roulette 세종특별자치 출장안마 with a deposit 평택 출장마사지 bonus without risking your own money. 세종특별자치 출장안마