Semua manusia sukakan keindahan dan kecantikan, lagi-lagi
pada paras rupa. Namun, tidak semua sedar bahawa amalan yang cantik akan
menzahirkan rupa yang cantik!
Berikut petua yang boleh kita amalkan, cantik dapat, pahala
pun dapat.
1. Untuk mendapatkan wajah yang segar,berseri-seri dan
cantik, cucilah minimum 5 kali sehari dengan air wudhuk. Jangan dilap atau
dikeringkan air tersebut di anggota , biarkannya kering sendiri. Lalu ambillah
sejadah, solat, berzikir, dan berdo’a.
2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah pergerakan.
Perbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu
berkomunikasilah dgn Allah SWT melalui zikir dan do’a.
3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman.
Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’,
“Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana
engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).-
(DOA TENGOK CERMIN)
4. Untuk mempunyai bibir yang cantik, bisikkan
kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak
menyombongkan diri atau takbur.
5. Untuk mendapatkan tubuh langsing,amalkan diet yang teratur
dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika berkeupayaan, lebih
bagus lagi puasa seperti Nabi Daud AS iaitu selang satu hari. Makanlah makanan
halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
0 comments:
Post a Comment