Friday, 9 November 2012

Kisah Kuku : Sebelum mengeratnya...

Posted by Unknown on 16:37




MEMOTONG kuku termasuk dalam sunnah fitrah. Ini jelas apabila Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur." (Riwayat Muslim)

Menurut Imam Syafie, sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat seperti disunatkan juga mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.

Menurut riwayat Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w memotong kuku dan menggunting misai pada Jumaat sebelum Baginda keluar untuk bersolat. (Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani)

Berkenaan ada hari tertentu memotong kuku, tiada hadis yang benar-benar sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh melakukannya tanpa mengikut hari tertentu.

Ada hadis daif yang hukum beramal dengannya dibenarkan terutama ketentuan Isnin, Khamis dan Jumaat sebagai hari diutamakan untuk melakukan ibadat sunat.

Dengan itu, sunat memotong kuku pada hari terbabit secara umum. Dengan berbuat demikian, kita mendapat ganjaran pahala. Bagaimanapun, memotong pada hari lain masih dibenarkan sekiranya perlu. 


Berdasarkan pencarian saya :

من قلم أظفاره يوم السبت خرج منه الداء ، ودخل فيه الشفاء ، ومن قلم أظفاره يوم الأحد خرجت منه الفاقة ودخل فيه الغنى ، ومن قلم أظفاره يوم الاثنين خرجت منه العلة ودخلت فيه الصحة ، ومن قلم أظفاره يوم الثلاثاء ، خرج منه البرص ، ودخل فيه العافية ، ومن قلم أظفاره يوم الأربعاء خرج منه الوسواس ، والخوف ودخل فيه الأمن والصحة ، ومن قلم أظفاره يوم الخميس خرج منه الجذام ودخل فيه العافية ، ومن قلم أظفاره يوم الجمعة دخل فيه الرحمة ، وخرج منه الذنوب

Maksudnya: "Sesiapa yang memotong kukunya pada hari sabtu, keluar darinya penyakit dan masuk ke dalamnya penyembuhan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari ahad, keluar daripadanya kefakiran dan masuk ke dalamnya kekayaan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari isnin, keluar daripadanya penyakit dan masuk kepadanya kesihatan, sesiapa yang mengerat kuku pada hari selasa, keluar daripadanya al-Baros dan masuk ke dalamnya al-'Afiah, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari rabu, keluar daripadanya was-was dan ketakutan dan masuk ke dalamnya keamanan dan kesihatan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari khamis, keluar daripadanya al-Jadam dan masuk kepadanya al-'Afiah dan siapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat, masuk kepadanya rahmat dan keluar daripadanya dosa-dosa."

secara ringkasnya maksud hadis berkenaan ialah :

Barang siapa yang mengerat kukunya pada:


  1. Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
  2. Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan
  3. Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat
  4. Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
  5. Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
  6. Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
  7. Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

MEMOTONG kuku termasuk dalam sunnah fitrah. Ini jelas apabila Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur." (Riwayat Muslim)

Menurut Imam Syafie, sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat seperti disunatkan juga mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.

Menurut riwayat Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w memotong kuku dan menggunting misai pada Jumaat sebelum Baginda keluar untuk bersolat. (Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani)

Berkenaan ada hari tertentu memotong kuku, tiada hadis yang benar-benar sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh melakukannya tanpa mengikut hari tertentu.

Ada hadis daif yang hukum beramal dengannya dibenarkan terutama ketentuan Isnin, Khamis dan Jumaat sebagai hari diutamakan untuk melakukan ibadat sunat.

Dengan itu, sunat memotong kuku pada hari terbabit secara umum. Dengan berbuat demikian, kita mendapat ganjaran pahala. Bagaimanapun, memotong pada hari lain masih dibenarkan sekiranya perlu.



Waktu memotong kuku:



Diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang ertinya: " Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, cabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam." Hadis diriwayat Muslim


Diriwayatkan oleh Abu Sa'i d al-kudri dan Abu Hurairah Radhiallahu'anhuma yang bermaksud: "Bersabda Rasulluah Shallahu 'alaihi wasalam:


"Siapa saja yang mandi pada hari Jumaat, memotong kuku, berwangian ( memakai wangi-wangian) jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik kemudian keluar rumah sehingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi ( merobos masuk) orang2 yang terlah bersaf, kemudian dia mengerjakan sembahyang apa saja (semabahyang sunat). Dia diam ketika iman keluar (berkhutubah) dan tidak berkata-kata sehingga selesai mengerjakan sembahyang , maka jdailah penebus dosa di antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya."


(Hadis riwayat Ahmad)


Kesimpulan: Potong hari Jumaat, dan jangan simpan lebih dari 40 hari.


Memotong kuku ketika Haid, Nifas & Junub Menurut kitab Al-ihya:


Jika sesorang itu dalam keadaan junub atau berhjadas besar, jangan dia memotong rambut,kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badanya sebelum dia mandi junub. kerana segala potongan itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya dgn keadaan junub.:)

Cara Memotong kuku jari dan kaki:

Doa



1) Mengikut Imam Ghazali

  • Mulakan dengan tangan kanan.
  • Mulakan dengan memotong kuku jari telunjuk hingga kelingking.
  • Biarkan dahulu ibu jari. Terus berpindah ke tangan kiri.
  • Mulakan dengan jari kelingking hingga ke ibu jari tangan.
  • Kemudian barulah potong kuku ibu jari tangan kanan. 

2) Mengikut  Imam Nawawi

Imam Nawawi menyebut cara ini di dalam kitabnya, Syarah Sohih Muslim ketika mensyarahkan hadith yg tertulis di atas. Hadith tersebut berada di dalam Kitab Thoharoh di bawah Bab Khisal Al-Fitrah. Kalau ada masa lapang boleh rujuk.

  •  Mulakan dengan tangan kanan.
  • Mulakan dengan kuku jari telunjuk hingga ke kelingking.
  • Kemudian ibu jari. Berpindah ke tangan kiri.
  • Mulakan dengan kelingking hingga ibu jari.


3) Mengikut Imam Ahmad

Mulakan dengan tangan kanan.
Gunakan kaedah ‘خوابس ‘.
Kemudian gunakan kaedah ‘ أوخسب ‘ untuk tangan kiri.
Huruf-huruf ini ialah permulaan kepada nama jari-jemari dalam bahasa Arab.
Jadi potong kuku anda berdasarkan susunan huruf-huruf ini.
Saya terjemahkan nama jari-jemari dalam bahasa Arab ini ke dalam bahasa Malaysia mengikut susunan daripada ibu jari hingga kelingking untuk memudahkan anda.

إبهام (ibham) : Ibu jari
سبابة (sabbabah) : Jari telunjuk
وسطى(wusto) : Jari tengah
بنصر (binsir) : Jari manis
خنصر(khinsir) : Jari kelingking
Kaedah خوابس untuk jari tangan kanan ertinya: Mulakan dengan jari kelingking, tengah, ibu jari, manis dan telunjuk. Maknanya anda selang-selikannya.
Kaedah أوخسب untuk jari tangan kiri ertinya: Mulakan dengan ibu jari, tengah, kelingking, telunjuk dan akhir sekali jari manis. Maknanya anda selang-selikannya juga. Nak mudah lagi terus tengok gambar!

Imam Ahmad menyatakan bahawa sunat menggunakan tertib ini berdasarkan sebuah hadith. Hadith itu ada disebut di dalam Kitab Al-Mughni, karangan Ibnu Qudamah.
Hadithnya, من قص أظافره مخالفا لم ير في عينيه رمدا “Sesiapa yg memotong kukunya secara ‘mukholifan’ tidak akan diserang penyakit mata.” Makna ‘mukholifan’ ialah seperti tertib yg disebutkan di atas atau seumpamanya.::

Cara potong kuku kaki

Sebagaimana yg diajar oleh Imam Nawawi di dalam Syarah Sohih Muslim, setelah selesai potong kuku jari tangan maka barulah potong kuku jari kaki.

 

Mulakan dengan jari kelingking kanan hinggalah ke kelingking kiri. terus jer! Sama seperti teknik menyelat jari kaki ketika berwuduk.

Kesimpulannya

Mengerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah. bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih.

Sumber:


Mufakkiratul Mukmin 2009
http://himpunandoaharian.blogspot.com/2011/04/rahsia-potong-kuku.html
http://myenthusiasts.org/fz150i/index.php?topic=3632.0;wap2
http://muhdhazrie.wordpress.com/2012/02/16/cara-memotong-kuku/

0 comments:

Post a Comment

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site

 
  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...