LUMUT: Abu pembakaran puluhan ribu naskhah al-Quran seberat
satu setengah tan yang dibuang ke laut berhampiran Pulau Sembilan di sini, pagi
semalam, mempunyai warna kelabu walaupun dibakar yang dianggap pelik dan jauh
berbeza berbanding kertas biasa yang menjadi hitam apabila dibakar.
Kejadian itu disaksikan lebih 30 ahli rombongan diketuai
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika melakukan proses melupuskan abu
al-Quran di sekitar perairan pulau berkenaan yang pertama kali dilakukan di
kawasan laut dalam.
Abu al-Quran yang dibakar itu dikumpul Syarikat Percetakan
Saufi di Batu 10, Jalan Cheras, Kajang, Selangor, sebelum dihantar ke dermaga
Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pada jam 9.30 pagi semalam
menggunakan van milik syarikat berkenaan.
Sebanyak 170 plastik hitam mengandungi abu itu dipindahkan
ke kapal KM Marlin milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum
dibawa ke tengah laut kira-kira 8.2 batu nautika dari pangkalan TLDM.
Proses memindahkan abu al-Quran itu dilakukan dengan tertib
apabila semua plastik seberat lapan kilogram setiap satu itu disusun teratur
dengan bantuan anggota APMM.
Tugas membuang abu al-Quran itu seolah-olah dipermudahkan
apabila laut yang mulanya agak berombak tiba-tiba menjadi tenang sebaik petugas
terdiri dari pegawai Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian
Dalam Negeri (KDN) cawangan Perak, Pegawai Pejabat Mufti dan Majlis Agama Islam
Perak memulakan proses membuang abu.
Harusssani yang memberi taklimat ringkas berhubung tugas itu
kemudian menjatuhkan bongkah abu berkenaan satu persatu ke laut.
Tugas menjatuhkan bongkah abu Al-Quran itu kemudian
dilakukan beramai-ramai dalam masa 10 minit.
Harussani yang juga Pengerusi Lembaga Teks dan Pelesenan
al-Quran, berkata ulama sebelum ini bersependapat membuang abu al-Quran ke
dalam laut adalah kaedah terbaik walaupun cara menanam di dalam tanah juga
dibenarkan.
“Bagaimanapun kaedah menanam abu al-Quran di dalam tanah
dibimbangi boleh tercemar jika ada aktiviti dilakukan di atas tanah berkenaan.
Oleh itu, kaedah membuang abu al-Quran ke laut paling selamat dan akan
diteruskan pada masa akan datang,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Syarikat Percetakan Saufi, Rahmat
Mahdan, yang turut mengikuti proses membuang abu al-Quran itu memberitahu
berkata, proses pembakaran dan mengumpul abu dimulakan sejak tiga bulan lalu
0 comments:
Post a Comment