Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu
Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas
dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama
Siti Hajar.
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti
Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi
itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya,
Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari
Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim
pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak
menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini
membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim
mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita
biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”
Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim
tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya.
Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju,
berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih
adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah
hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah
kenakan tepat kepada leherku.”
Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah
S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama
Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah
darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim
pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang
disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji
kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada
Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah
S.W.T.
Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat
101 hingga ayat 111
Credit to ye ke? tak sedih pun.
0 comments:
Post a Comment