Friday 2 November 2012

Motivasi hari ini..

Posted by Unknown on 09:40



Bismillahirrahmanirrahim.

Semua manusia itu diuji.
Baik atau jahat.
Muslim atau tidak.
Semuanya diuji.

Para nabi pun diuji juga, malah lebih hebat lagi.
Bukan maknanya orang yang baik-baik tidak boleh diuji kerana
alasannya dia sudah cukup baik.

Ujian itu untuk memperbaiki kualiti iman kita.
Ia tanda kasih sayang Allah.
Jangan cepat berprasangka buruk pada Nya.
Kalau itu terdetik dalam hati kita, segeralah beristighfar, memohon keampunan pada Sang Pencipta.
Pohon agar Tuhan selamatkan kita dari kemurkaanNya di akhirat kelak.

Ujian sebagai tanda keimanan kita kepadaNya.
Tabahkah kita menghadapinya?
Ujian menguji tahap keyakinan kita terhadap rahmat dan kasih sayang Allah.
Percayalah, Allah tidak pernah meninggalkan kita.
Allah itu Maha Penyayang yang sentiasa menyayangi hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

Muhasabah Tazkiyyatun Nafs

0 comments:

Post a Comment

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site

 
  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...