Tuesday 15 January 2013

Nota Pendidikan Seni : Lukisan Abstrak

Posted by Unknown on 17:04



Lukisan abstrak adalah dimana objek,manusia atau tempat di tonjolkan dalam susunan bentuk atau imej yang dipermudahkan,garisan dan gurisan, tekstur serta juga warna. Lukisan abstrak mungkin atau tidak mungkin menyerupai kepada subjeknya. Biarpun pada dasarnya warna adalah warna dan kanvas adalah kanvas serta tidak mungkin disebaliknya atas kebijaksanaan menyusuri abstrak dalam melahirkan karya yang terserlah hasilnya dimana minda manusia akan cuba menterjemahkan maksud yang tersirat mencari corak dan imej yang sebenarnya tiada disitu. Hasilnya lukisan abstrak yang bagus mampu diterima dan diolah dalam pelbagai maksud oleh mereka yang melihatnya. Interpritasi sesebuah lukisan abstrak mengandungi kedua-dua sudut akademik dan populariti. Disudut akademik karya abstrak dilihat pada penggunaan medan warna, dwisisi dan keterserlahan pemukaannya manakala dari sudut peminat pula terjemahan karya itu dilihat dari bentuk-bentuk yang dihasilkan oleh minda mereka sendiri berbanding dengan apa yang pelukis sebenar ketengahkan.

Abstract Expressionism adalah gaya penghasilan lukisan dimana luahan emosi dan kualiti bukan objek pada sebuah objek dititikberatkan. Abstract Expressionism menjangkaui tahap kesedaran minda manusia dan kreativiti. Dalam aliran abstract expressionism pelukis menonjolkan kehebatannya dalam penggunaan warna dan penghasilan bentuk. Oleh itu dalam banyak perkara sebenarnya karya lukisan abstrak expressionist tidak berunsur melukis bentuk atau imej tetapi lebih kepada penggunaan warna dan bertukar ganti dengan kanvas. Ia boleh di bahagikan kepada dua bahagian :-

Lukisan aksi yang lebih menitikberatkan tekstur catan
Lukisan berteraskan medan warna yang lebih menitikberatkan bentuk dan warna serta mencuba cara baru dan kreatif untuk menengahkan elemen asas tersebut.
Dalam abstrak cara pemikiran lebih diutamakan dari melukis. Maka terhasillah karya lukisan yang begitu berkualiti bentuknya. Penghasilan lukisan abstrak sepenuhnya adalah lontaran luahan dalaman emosi pelukis tanpa dia sendiri menyedari. Inilah perbezaan kualiti karya abstrak dengan lukisan yang lain. Disinilah letak keunikannya.

credit to http://azlanadam.wordpress.com

0 comments:

Post a Comment

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site

 
  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...