Tuesday 15 January 2013

Nota Pendidikan Seni : Lukisan

Posted by Unknown on 17:09



Lukisan adalah sesuatu yang dapat dilihat di depan mata. Ia termasuklah lukisan landskap, figura manusia, portrait dan sebagainya. Ianya merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian kita.
Ada yang mengatakan bahawa membuat lukisan adalah lebih mudah daripada bermain piano. Ini adalah kerana muzik adalah sesuatu seni atau karya yang natural. Manakala lukisan pula kita akan dapat melihat apa yang ingin digambarkan seseorang artist itu dalam karyanya. Secara tidak langsung ia akan mengajak kita berfikir bersama tentang apa yang ingin disampaikan.



Menurut Ronald Pearsall lukisan merupakan satu persembahan objek atau bentuk yang dihasilkan melalui beberapa elimen antaranya ialah line, space, texture, form dan color. Dalam konsep seni lukis terdapat empat jenis lukisan :
Mencuba untuk menghasilkan sesuatu objek atau benda yang dapat dilihat atau yang berada di depan mata.
Mencuba untuk melukis sesuatu yang datang dari pengalaman atau sesuatu perkara yang diingat melalui daya ingatan yang kuat.
Mencuba melukis dengan meniru daripada medium yang lain.
Mencuba untuk mengkreat atau menghasilkan sesuatu daripada daya imaginasi atau daya pemikiran.

Selain itu Ronald Pearsall turut menyenaraikan pelbagai medium yang digunakan dalam menghasilkan sesuatu lukisan. Antaranya ialah pensil atau pen, charcoal, crayon. Selain itu juga kita juga boleh melukis dengan menggunakan teknik etching yang dapat dilukis di atas metal ataupun teknik lithography iaitu melukis di atas stone. Kita juga dapat melukis dengan menggunakn sesuatu bahan yang lembut atau mudah melentur contohnya berus.

Credit to http://senihalusss.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site

 
  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...