Adakah anda berasa anda telah cukup gagal dalam hidup? Lihat
tokoh-tokoh terkenal ini yang juga mengalami kegagalan dalam hidup tapi bangkit
kembali,malah menguasai dunia!!
-Genius Albert Einstein, hanya boleh bercakap apabila
umurnya 4 tahun!
-Saintis Isaac Newton sering gagal ketika sekolah dan diberi
gelaran oleh guru-guru sebagai murid yang “tiada harapan”!
-F.W Woolworth ketika berumur 21 tahun bekerja dikedai
runcit sering dimarahi oleh pemilik kedai sebagai “seorang yang tidak pandai
menjual!”. Kini, Woolworth adalah antara rangkaian pasaraya terbesar di United
Kingdom!
-Pengasas Disneyland, Mr Walt Disney ketika bekerja di
syarikat akhbar pernah dimarahi oleh editornya oleh kerana “Tidak mempunyai
imaginasi dan tidak pernah mempunyai idea yang bernas”! Walt Disney juga
dipecat oleh editor suratkhabarnya kerana beliau dikatakan ketandunsan idea.
-Michael Jordan, pemain basketball terulung pernah
dikeluarkan dari pasukan basketball ketika di sekolah menengah!
-Thomas Edison, pencipta lampu mentol pula ketika sekolah
sering dimarahi oleh gurunya dengan “Seorang murid yang terlalu bodoh untuk
pelajari apa sahaja”!
Thomas Edison juga gagal dalam lebih 1,000 eksperimen dalam
mencipta lampu mentol sebelum menjumpa formula sebenar cara menyalakan lampu mentol!
Fred Smith (pengasas Federal Express) mendapat ‘C” dalam
proposalnya di Yale University untuk idea sistem penghantaran malam.
Col. Harland Sanders (pengasas KFC) telah gagal lebih dari
1000 kali untuk mendapat platform untuk memperkenalkan ayam hebatnya yang
sangat terkenal kini.
King C. Gillette (pengasas Gillete) gagal hampir 6 tahun
untuk mengumpulkan dana mengetengahkan ciptaannya yakni pisau pencukur
Gillitte.
Nick Vujicic,seorang pakar motivasi terkenal yg dilahirkan
tanpa tangan dan kaki pernah berkata, 'I was deeply depressed when I was eight
years old,' he said. 'I went to my mum crying and told her I wanted to kill
myself.
Adakah ikon-ikon di atas pernah mengalah dan berhenti
daripada melakukan apa yang mereka percaya? Sudah tentunya tidak. Kegagalan
adalah sesuatu yang pasti dilalui oleh setiap insan dalam mencapai kejayaan.
Apa yang membezakan mereka yang berjaya kini dan mereka yang tidak adalah,
mereka yang berjaya melihat kegagalan sebagai peluang untuk belajar supaya
kegagalan tersebut tidak diulangi. Apabila jatuh, mereka akan bangun semula!
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah
s.a.w bersabda:
“Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan
sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya
sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.”
(Hadis riwayat Imam Tirmizi)
Umar Abdul Aziz pernah berkata kepada para panglimanya:
“Sesungguhnya kita memerangi musuh dan melawan musuh kita dek kerana
kemaksiatan yang mereka lakukan, seandainya bukan kerana itu kita sebenarnya
tidak mempunyai kekuatan apa-apa pun kerana jumlah kekuatan kita tidak seperti jumlah
kekuatan mereka, maka kita mampu menang kerana kekuatan keimanan kita”
INGAT! Katakan pada diri saudara,"‘aku akan terus
bangun, berdiri dan berlari, kerana aku bukan lemah!’
Ingin saya kongsikan anda sebuah video dari YouTube. Seorang
lelaki bernama bagaimana Nick Vujicic yang tidak memiliki tangan dan kaki
menunjukkan kepada kita, bahawa ketiadaan dua anggota tersebut tidak sesekali
pun akan menghalang dia untuk terus bangun dan berdiri.Malah beliau terus
berbahagia malah boleh mengelilingi dunia!
0 comments:
Post a Comment