Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang
sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik
yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas
pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah
orang yang dibenci.
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi
pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling
banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja
kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan
tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang
masing-masing di dalam beg.
Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik
dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka
tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk.
Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah
bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu
dibawa.
“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke
mari selama seminggu?” tanya Cikgu Maryam. Semuanya serentak mengatakan mereka
benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih
teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau
busuk.
“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan
benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati
dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh
tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan
jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh
perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik.
Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam
beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam
hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.
“Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul
daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia
nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).”
–
~Credit to Dongeng dan Tauladan ~
0 comments:
Post a Comment