Wednesday, 7 November 2012

Kisah air yang kita minum

Posted by Unknown on 21:27




Assalamualaikum...

Pentingnya air di dalam kehidupan kita.
Air merupakan ciptaan Allah yang menjadi sumber kepada kehidupan manusia dan haiwan. Inilah dia salah satu tanda kebesaran Allah Yang Maha Besar, yang sentiasa memelihara makhluk-makhlukNya. Di dalam surah Al-Anbiya ayat 30, Allah berfirman yang bermaksud:

"Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup."

Air juga merupakan asas kepada tubuh badan kita.
Sekurang-kurangnya kita akan minum 5-7 gelas setiap hari.
Jadi, air sangat penting untuk tubuh badan kita.
Oleh itu, Rasulullah s.a.w. juga ada mengajarkan kepada umatnya cara penggunaan yang betul untuk memanfaatkan air bagi keperluan tubuh badan kita, secara tidak langsung untuk mengelakkan kemudaratan jangka panjang terhadap tubuh badan kita.

Sunnah Nabi s.a.w. minum adalah dalam posisi duduk dan Baginda s.a.w melarang kita minum berdiri. Seperti yang telah direkodkan di dalam sebuah hadis:

"Dari Anas r.a, sesungguhnya Nabi Muhammad saw melarang minum berdiri."
(riwayat Muslim, dalam didalam kitab minuman, bab tegahan minum berdiri, hadis yang ke 3771)

Namun bagi mereka yang mahu minum air zam-zam, disunnahkan pula untuk berdiri. DIsebutkan di dalam sebuah hadis:

"Dari Ibn Abbas r.a berkata, aku memberi air zam-zam kepada Rasulullah saw, lalu baginda meminumnya sambil berdiri."
(riwayat muslim, dalam kitab minuman, bab minum air zam-zam berdiri, hadis ke 3776).

Mengapa?
Pasti ada hikmahnya.

Dalam tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yang kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Apabila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh menyebabkan penyakit kristal ginjal.

Bolehkah minum air sambil berdiri?
Islam telah menetapkan adab bagi umatnya dalam melakukan sesuatu perbuatan/amalan bagi mendapat kesejahteraan dan secara langsung mengelakkan kemudaratan. Begitu juga islam telah menetapkan adab-adab ketika minum. Rasulullah s.a.w menegah kita minum berdiri. Di antara sebab di larang minum air berdiri ialah, menurut pakar perubatan, Dr Abdul Razzak Al-Kailani:

“Sesungguhnya makan dan minum duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas; dimana makanan dan minuman lalu di dinding perut dengan tenang."



Wallahualam...

Credit to lukisan dakwah islam`s page





0 comments:

Post a Comment

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site

 
  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...