Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang
ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang
tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang
benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di
belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).
Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam
ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti
lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya
hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati.
Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah
cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. Kalau di bilik polis,
iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk
di Public Area do this thing :
LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)
Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada
jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan
bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi, jika kuku anda terus
menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah
cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di
tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU
JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh
menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !
Para wanita : Sila beri tahu teman-teman anda yang lain.
Para lelaki: Sila beri tahu isteri, anak perempuan atau
teman wanita anda..
2 comments:
thnx utk info ni. akan d praktik kan.
your are welcome :)
Post a Comment