Pakar-pakar meramalkan yang prob Phobos-Grunt bagi misi ke Marikh yang gagal berfungsi akan jatuh semula ke Bumi pada hujung minggu ini (15 Januari 2012). Gambaran artis menunjukkan bagaimana bahan api dari tangki bersalut aluminium pada kapal angkasa itu terbakar ketika memasuki atmosfera Bumi.
Prob milik Russia bagi misi ke Marikh yang gagal berfungsi dijangka akan terhempas ke Bumi pada hujung minggu ini menurut laporan berita.
Kapal angkasa Phobos-Grunt yang terkandas di orbit Bumi tidak lama selepas ianya dilancarkan pada 8 November 2011 lalu yang kemudiannya mengelilingi Bumi dalam keadaan semakin rendah dari hari ke hari. Pegawai-pegawai dari Agensi Angkasa Russia berkata yang prob itu akan memasuki atmosfera panas Bumi pada Ahad depan (15 Januari 2012).
“Serpihan Phobos-Grunt dijangka akan jatuh pada 15 Januari 2012. Tarikh sebenar mungkin berubah disebabkan faktor-faktor luaran”kata Alexei Zolotukhin, jurucakap pasukan tentera angkasa Russia kepada agensi berita Russia.
Phobos-Grunt adalah sebuah kapal angkasa yang besar dengan berat 14.5 tan. Sebahagian dari beratnya adalah terdiri daripada bahan api hidrazina toksik, yang menyebabkan sesetengah pemerhati bimbang tentang potensi impak terhadap alam sekitar yang akan muncul ketika proses kemasukkan semula.
Pegawai-pegawai angkasa Russia telah berulang kali menyatakan kebimbangan tersebut, bagaimanapun berkata bahan api yang bersalut di dalam tangki aluminium mungkin terbakar di dalam atmosfera Bumi yang tinggi. Kebanyakkan serpihan Phobos-Grunt akan menemui nasib yang sama dimana pakar-pakar meramalkan antara 20 hingga 30 serpihan dengan berat maksimum 400 kilogram akan terhempas ke tanah (atau air).
Dimana serpihan-serpihan itu akan terhempas adalah sukar untuk dikatakan pada masa ini kerana penganalisis tidak mengetahui masa yang tepat untuk Phobos-Grunt masuk semula ke atmosfera Bumi. Sehingga kini, kebanyakkan tempat di Bumi adalah mempunyai potensi yang sejajar. “Kami hanya mengetahui ianya akan terhempas antara 51 darjah Utara dan 51 latitud Selatan,” kata Brian Weeden, penasihat teknikal di Yayasan Keselamatan Dunia.
Kematian Phobos-Grunt adalah begitu rapat dengan dua lagi satelit lain yang jatuh secara tak terkawal baru-baru ini iaitu satelit iklim UARS milik NASA dengan berat 6.5 tan yang masuk semula dan jatuh ke Lautan Pasifik pada September 2011 dan satelit ROSAT milik Jerman dengan berat 2.7 tan yang jatuh ke Lautan Hindi sebulan kemudian.
Misi Phobos-Grunt yang bernilai 165 juta dolar bertujuan untuk mengambil sampel tanah dari permukaan sebuah bulan planet Marikh iaitu Phobos dan menghantar ianya kembali ke Bumi (Grunt bermaksud “tanah” di dalam bahasa Russia).
Enjin utama kapal angkasa itu tidak terbakar seperti yang dirancangkan untuk memacu Phobos-Grunt ke planet Merah (Marikh) dan menyebabkan prob itu terkandas di orbit Bumi. Walaupun telah mencuba berulang kali, jurutera tidak dapat berkomunikasi dengan kapal angkasa itu dan pakar berfikir Phobos Grunt mati di dalam air.
0 comments:
Post a Comment