Kita sebagai orang Islam tak semua tahu kenapa setiap kali
kita solat atau sembahyang kena mengadap kaabah..Dialog di bawah akan
menerangkan dengan jelas persoalan yang terbuku pada sesetengah fikiran umat
Islam..
Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah
restoran mamak…
Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?
Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak
hitam…
Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke
Kaabah, satu kotak berwarna hitam? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?
Belum sempat pendakwah menjawab…Handphone N95 Missionary
berbunyi…Missonary menjawab panggilan telefonnya… Pendakwah sabar menanti…Setelah
Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada
Pendakwah… Pendakwah tersenyum…
Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab
soalan saya ?
Pendakwah : Erm…perlukah saya menjawab soalan awak ?
Missionary : Awak tak ada jawapan ?
Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan
teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya
dapati awak kurang siuman…
Missionary : Mengapa awak cakap begitu ?
Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri,
ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap
“I love you mom”…
Missionary : Saya bukan cakap seorang diri…Saya bercakap
dengan emak saya… Dia yang telefon saya tadi…
Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak
awak…
Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya
jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi
dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?
Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?…
Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah…Pendakwah
mengambi N95 tersebut…Pendakwah membelek-belek N95 tersebut…Pendakwah
menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja…Lantas…Pendakwah
menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai…bersepaiiiiiiiiii….Merah padam
muka Missionary menahan marah…. Pendakwah merenung muka Missionary sambil
tersenyum…
Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun… Saya
pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone…
Missionary : MENGAPA AWAK NI ****H SANGAT ? Teknologi
komunikasi sudah maju… Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian
telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ?
Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum)…Begitu juga
halnya dengan ALLAH S.W.T… Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan
bermakna umat Islam menyembah Kaabah… Tetapi umat Islam menyembah atas arahan
ALLAH… ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah…
Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah….
Begitu juga dengan awak dan telefon…Emak awak menelefon awak
menggunakan handphone Nokia N95…ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95
tu…Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap
dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan
bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95
walaupun emak awak tiada dalam handphone tu…
Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan
wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary … Nah ini duit untuk awak
beli N95 yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih
kelihatan confuse… Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan
kepada segala persoalan berbanding agamanya…
0 comments:
Post a Comment