STUTGART- Apakah ikan juga mengalami mabuk laut?
Seorang pakar Zoologi dari Stutgart, Dr Reinhold Hilbig yang
mengkaji kesan keadaan berkurangnya berat di dalam air menemui hasil yang
mengejutkan.
Kajian itu sebahagian daripada penyelidikan bagaimana
manusia terpengaruh dalam ruangan.
Dalam kajian berkenaan, 49 ekor ikan diletakkan dalam
akuarium mini dan kemudian dihantar dengan pesawat ke angkasa. Pesawat itu
mewujudkan simulasi kepada keadaan hilang graviti yang akan dialami angkasawan
bila berada di angakasa.
Hasilnya, lapan ekor daripada ikan-ikan berkenaan mulai
berputar tanpa orientasi yang jelas.
Mereka berenang membentuk lingkaran. “Mereka telah
kehilangan keseimbangan, berperilaku seperti manusia yang mengalami mabuk
laut,” ujar Hilbig.
“Ikan-ikan itu kehilangan orientasi, mereka benar-benar
bingung dan terlihat seolah-olah hendak muntah,” tambahnya.
Di alam liar, ikan ‘mabuk laut’ seperti itu boleh menjadi
mangsa ikan lain kerana mereka tak mampu menyelamatkan diri dari bahaya,
katanya.
Kelapan-lapan ikan ‘mabuk laut’ itu pun kemudian dipisahkan
dan diperiksa otaknya untuk melihat penyebab kepada’sakit’ mereka.
“Sepertinya kehilangan kenalan dengan pergerakan air dan
getaran berperanan besar dalam menentu diorientasi mereka.” ujarnya.
(Sumber: Live Science dan Republika Online)
0 comments:
Post a Comment