Lukisan abstrak adalah dimana objek,manusia atau tempat di
tonjolkan dalam susunan bentuk atau imej yang dipermudahkan,garisan dan
gurisan, tekstur serta juga warna. Lukisan abstrak mungkin atau tidak mungkin
menyerupai kepada subjeknya. Biarpun pada dasarnya warna adalah warna dan
kanvas adalah kanvas serta tidak mungkin disebaliknya atas kebijaksanaan
menyusuri abstrak dalam melahirkan karya yang terserlah hasilnya dimana minda
manusia akan cuba menterjemahkan maksud yang tersirat mencari corak dan imej yang
sebenarnya tiada disitu. Hasilnya lukisan abstrak yang bagus mampu diterima dan
diolah dalam pelbagai maksud oleh mereka yang melihatnya. Interpritasi sesebuah
lukisan abstrak mengandungi kedua-dua sudut akademik dan populariti. Disudut
akademik karya abstrak dilihat pada penggunaan medan warna, dwisisi dan
keterserlahan pemukaannya manakala dari sudut peminat pula terjemahan karya itu
dilihat dari bentuk-bentuk yang dihasilkan oleh minda mereka sendiri berbanding
dengan apa yang pelukis sebenar ketengahkan.
Abstract Expressionism adalah gaya penghasilan lukisan
dimana luahan emosi dan kualiti bukan objek pada sebuah objek dititikberatkan.
Abstract Expressionism menjangkaui tahap kesedaran minda manusia dan
kreativiti. Dalam aliran abstract expressionism pelukis menonjolkan
kehebatannya dalam penggunaan warna dan penghasilan bentuk. Oleh itu dalam
banyak perkara sebenarnya karya lukisan abstrak expressionist tidak berunsur
melukis bentuk atau imej tetapi lebih kepada penggunaan warna dan bertukar
ganti dengan kanvas. Ia boleh di bahagikan kepada dua bahagian :-
Lukisan aksi yang lebih menitikberatkan tekstur catan
Lukisan berteraskan medan warna yang lebih menitikberatkan
bentuk dan warna serta mencuba cara baru dan kreatif untuk menengahkan elemen
asas tersebut.
Dalam abstrak cara pemikiran lebih diutamakan dari melukis.
Maka terhasillah karya lukisan yang begitu berkualiti bentuknya. Penghasilan
lukisan abstrak sepenuhnya adalah lontaran luahan dalaman emosi pelukis tanpa
dia sendiri menyedari. Inilah perbezaan kualiti karya abstrak dengan lukisan
yang lain. Disinilah letak keunikannya.
credit to http://azlanadam.wordpress.com
0 comments:
Post a Comment