Lukisan adalah sesuatu yang dapat dilihat di depan mata. Ia
termasuklah lukisan landskap, figura manusia, portrait dan sebagainya. Ianya
merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian kita.
Ada yang mengatakan bahawa membuat lukisan adalah lebih
mudah daripada bermain piano. Ini adalah kerana muzik adalah sesuatu seni atau
karya yang natural. Manakala lukisan pula kita akan dapat melihat apa yang
ingin digambarkan seseorang artist itu dalam karyanya. Secara tidak langsung ia
akan mengajak kita berfikir bersama tentang apa yang ingin disampaikan.
Menurut Ronald Pearsall lukisan merupakan satu persembahan
objek atau bentuk yang dihasilkan melalui beberapa elimen antaranya ialah line,
space, texture, form dan color. Dalam konsep seni lukis terdapat empat jenis
lukisan :
Mencuba untuk menghasilkan sesuatu objek atau benda yang
dapat dilihat atau yang berada di depan mata.
Mencuba untuk melukis sesuatu yang datang dari pengalaman
atau sesuatu perkara yang diingat melalui daya ingatan yang kuat.
Mencuba melukis dengan meniru daripada medium yang lain.
Mencuba untuk mengkreat atau menghasilkan sesuatu daripada
daya imaginasi atau daya pemikiran.
Selain itu Ronald Pearsall turut menyenaraikan pelbagai
medium yang digunakan dalam menghasilkan sesuatu lukisan. Antaranya ialah
pensil atau pen, charcoal, crayon. Selain itu juga kita juga boleh melukis
dengan menggunakan teknik etching yang dapat dilukis di atas metal ataupun
teknik lithography iaitu melukis di atas stone. Kita juga dapat melukis dengan
menggunakn sesuatu bahan yang lembut atau mudah melentur contohnya berus.
Credit to http://senihalusss.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment