Misteri HAJARUL ASWAD
Hajar Aswad
adalah batu hitam yang terletak di sudut sebelah Tenggara Ka’bah, iaitu sudut
dari mana Tawaf dimulai. Hajar Aswad merupakan jenis batu ‘Ruby’ yang
diturunkan Allah dari syurga melalui malaikat Jibril. Hajar Aswad terdiri dari
lapan keping yang terkumpul dan diikat dengan lingkaran perak.
Batu hitam itu
sudah licin kerana terus menerus di kecup, dicium dan diusap-usap oleh jutaan
malah milion manusia sejak Nabi Ibrahim a.s, iaitu jamaah yang datang ke
Baitullah, baik untuk haji mahu pun untuk tujuan Umrah.
Hadist Sahih
riwayat Imam Bathaqie dan Ibnu ‘Abas RA, bahawa Rasul SAW bersabda:
“Allah akan
membangkitkan Al-Hajar (Hajar Aswad) pada hari kiamat. Ia dapat melihat dan
dapat berkata. Ia akan menjadi saksi terhadap orang yang pernah memegangnya
dengan ikhlas dan benar”.
Hadis
tersebut mengatakan bahawa disunatkan membaca doa ketika hendak istilam
(mengusap) atau melambainya pada permulaan thawaf atau pada setiap putaran,
sebagai mana, diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA. Artinya:
“Bahawa Nabi
Muhammad SAW datang ke Ka’bah lalu diusapnya Hajar Aswad sambil membaca
Bismillah Wallahu Akbar”.
Banjir besar melanda Mekah
Banjir besar yang melanda Kota Makkah menyebabkan Kaabah mengalami kerosakan teruk dan selepas banjir surut, tiada siapa berani meruntuhkan baki dinding yang tinggal bagi membinanya semula.Hanya Al-Walid bin Mughirah, ketua suku Makhzum yang berani melakukannya, seorang diri beliau meruntuhkan bahagian antara Hajarul Aswad dan Rukn Yamani. Keesokan harinya, selepas melihat tiada apa-apa yang buruk berlaku kepada Al-Walid, barulah kerja pembinaan semula dilakukan secara gotong royong dengan baik sekali.Bagaimanapun, berlaku pertikaian dalam menentukan siapa yang lebih berhak meletakkan Hajarul Aswad pada tempatnya hingga ada yang menghunus pedang, bersumpah untuk berjuang menuntut apa yang disangka sebagai hak mereka.
Pertikaian berlarutan selama lima hari tanpa penyelesaian, perang antara puak seolah-olah akan meletus bila-bila masa saja tetapi akhirnya, Aba Umaiyah memberi cadangan penyelesaian kepada konflik itu.Seperti dipersetujui semua pihak, siapa yang pertama memasuki kawasan Kaabah melalui pintu As-Safa, orang itu akan menjadi hakim bagi menyelesaikan masalah mereka.Keesokan paginya Nabi Muhammad orang pertama memasuki kawasan Kaabah melalui pintu As-Safa dan dengan kebijaksanaannya Baginda meminta setiap wakil suku yang bertelagah bersama mengangkat Hajarul Aswad di atas sehelai kain.Apabila hampir dengan tempatnya, Baginda sendiri mengambil Hajarul Aswad lalu meletakkannya di tempat asalnya iaitu di penjuru timur Kaabah dan tindakan itu dipersetujui semua pihak bertelagah.
Asal usul Hajarul Aswad
Menurut sejarahnya, Hajarul Aswad diturunkan oleh Allah dari langit ke atas Jabal Qubais. Ia merupakan sebiji permata putih, lebih putih dari salji, tetapi lama - kelamaan menjadi hitam sebab disentuh oleh orang - orang musyrik. Kalau tidak kerana sentuhan tersebut nescaya cahayanya menerangi antara timur dan barat. Ini diterangkan dari hadis Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud: Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda :" Hajarul Aswad diturunkan dari syurga dan berwarna lebih putih dari susu. Dosa-dosa manusia (anak Adam ) menyebabkannya menjadi hitam " . Riwayat Ahmad dan Turmizi Hajarul Aswad adalah sepotong batu yang berasal dari syurga. Warna asalnya adalah lebih putih daripada susu. Dikatakan ia menjadi hitam kerana luruhnya dosa manusia yang mengucupnya. Pelbagai peristiwa sejarah dilalui oleh Hajarul Aswad. Hinggalah ke hari ini yang masih tinggal daripada Hajarul Aswad adalah sebanyak lapan kepingan sebesar biji tamar yang diikat pada lilin yang dicampur kasturi di dalam lingkungan perak.
Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Ka'bah banyak
kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Ka'bah itu tidak ada bumbung dan pintu
masuk.
Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail mahu membinanya dengan
meninggikan bangunannya dan mengangkut batu dari berbagai gunung. setelah
bangunan Ka'bah itu hampir selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasa
kekurangan seketul batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.
Nabi Ibrahim berkata pada Nabi Ismail, "Pergilah engkau
mencari seketul batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."
Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu
bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang
mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan
sebuah batu yang cantik.
Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi
Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik
itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya,
"Dari mana kamu dapat batu ini?"
Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima dari yang tidak
memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi
Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang
pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Ka'bah disunnahkan mencium
Hajar Aswad.
Sesiapa yang ingin
mengucupnya hendaklah meletakkan mukanya ke atas kepingan itu. Mencium Hajarul
Aswad adalah sunnah, tetapi menyakiti orang lain atau menyakiti diri sendiri
adalah terlarang. Oleh sebab itu, dalam hal mencium Hajarul Aswad ini kita
tidak boleh terlalu memaksakan diri dalam keadaan yang penuh sesak terutama
bagi kaum wanita. Selain membahayakan tubuh badan, ianya selalu mendatangkan
perlengkaran atau melanggar aturan hubungan antara lelaki dan perempuan yang
tidak halal. Perhatikanlah keterangan di bawah ini:
Ada juga diriwayatkan, bahawa Ummul Mukminin `Aaisyah رضي الله عنها berkata kepada seorang perempuan:
Janganlah engkau berasak-asak di Hajarul Aswad, kalau engkau lihat kosong maka
beristilamlah, dan kalau engkau lihat penuh sesak dengan manusia maka
bertakbirlah dan bacalah " لاإله إلا الله " apabila engkau sejajar
dengannya dan janganlah menyakiti seseorang. (Lihat Fiqh Sunnah jilid I hal.
595). Golongan wanita hendaklah menjauhkan diri dari berhias dan memakai
bau-bauan dan sebolih-bolihnya hendaklah elakkan diri berasak –asak dengan kaum
lelaki kerana ini bolih menimbulkan fitnah lebih-lebih lagi berada ditempat
yang suci. Hadis Saidina Umar bin al-Khattab r.a: Saidina Umar bin al-Khattab
r.a pernah mengucup Hajarul Aswad. Kemudian dia berkata: Demi Allah! Aku tahu
kamu hanyalah seketul batu. Sekiranya aku tidak melihat sendiri Rasulullah
s.a.w mengucupmu, pasti aku tidak akan mengucupmu.
Umar bin Khatab pun juga pernah mengatakan “Aku tahu bahawa
kau hanyalah batu, kalaulah bukan kerana aku melihat kekasihku Nabi SAW
menciummu dan menyentuhmu, maka aku tidak akan menyentuhmu atau menciummu”
Jadi apa yang dikerjakan berjuta juta umat islam bukanlah
menyembah Batu seperti yang banyak dituduhkan kaum yang kerdil sekali akalnya.
Kerana ada rahsia besar dibalik setiap perilaku Nabi
Muhammad saw dan sebab tentu saja apa yang dilakukan oleh beliau pastilah
berasal dari Allah, sebagaimana yang terdapat dalam firmanNya :
“Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa
nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan"
(QS. An-Najm : 53)
Allaaahu Akbar, tiada tuhan lagi yang berhak disembah selain
Allah dan Muhammad Saw adalah utusan
Allah. Muhammad hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya
beberapa orang Rasul.
Mulai saat ini mari kita cuba berperilaku sebagaimana Nabi
Muhammad, mencontohinya dalam segala tindak tanduk, makan, minum, berpakaian,
hingga tidurnya. Sesungguhnya ada rahsia disebaliknya.
Rahsia Besar
Yang Tidak Pernah Kita Bayangkan Sebelumnya
Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah
pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian
Ilmiah.
Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan
perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata :
“Planet Bumi ternyata tergantung di ruang yang sangat gelap, siapa yang
menggantungnya?.”
Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu
mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet,
tetapi sayangnya 21 hari kemudian laman web tersebut ghaib yang sepertinya ada
alasan tersembunyi dibalik penghapusan laman web tersebut.
Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi
tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’bah. Yang mengejutkan
adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir), hal ini terbukti
ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut
terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki
karakteristik dan menghubungkan antara Ka’bah di planet Bumi dengan Ka’bah di
alam akhirat.
Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada
suatu ruang yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, bererti apabila kita
mengeluarkan kompas di ruang tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan
bergerak sama sekali kerana daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.
Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia
akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak
kekuatan graviti. Oleh sebab itulah ketika kita mengelilingi Ka’bah, maka
seakan-akan diri kita dicaj semula oleh suatu kuasa misteri yang menyebabkan
kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah
dibuktikan secara ilmiah.
Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad
merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium
di negara Inggeris, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Ka’bah) dan
pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal
dari sistem suria kita.
Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda,
“Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih
putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya
hitam".
((Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877))
0 comments:
Post a Comment